Daftar masuk dengan Apple & Privasi

Dalam menyediakan Daftar masuk dengan Apple, maklumat tentang Akaun Apple dan corak penggunaan peranti anda mungkin digunakan oleh Apple untuk membantu mencegah penipuan.
 

Daftar masuk dengan Apple direka bentuk untuk menyediakan anda dengan pengalaman daftar masuk yang melindungi privasi anda dan dilindungi oleh keselamatan terbina dalam produk Apple.


Privacy Icon

  • Daftar masuk dengan Apple membenarkan anda mendaftar masuk ke app dan tapak web sambil melindungi privasi anda.
  • Sesetengah pembangun mungkin meminta nama anda, yang anda boleh edit. Mereka juga mungkin meminta e-mel anda, yang anda boleh berikan terus atau menggunakan alias.
  • Apple tahu jika anda telah mendayakan Daftar masuk dengan Apple untuk app atau tapak web, tetapi tidak menjejaki app atau tapak web yang anda daftar masuk atau masanya.
  • Apabila anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple untuk mendaftar masuk ke app buat kali pertama, Apple menggunakan maklumat tentang akaun dan pengalaman anda dengan Apple, bersama dengan maklumat tentang peranti dan corak penggunaan peranti anda, untuk membantu mencegah penipuan.

Mendayakan Daftar masuk dengan Apple

Daftar masuk dengan Apple melindungi privasi anda dengan membenarkan anda mendaftar masuk ke app (atau Klip App) tanpa menyediakan maklumat yang mengenal pasti anda secara peribadi kepada pembangun. Daftar masuk dengan Apple juga membenarkan anda mendaftar masuk ke tapak web tanpa memberikan sebarang maklumat tambahan yang mengenal pasti anda secara peribadi kepada pembangun selain maklumat yang digunakan oleh pelayar anda untuk fungsi web biasa. Sebaliknya, apabila anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple, Apple menyediakan pembangun app dengan pengecam unik, yang membolehkan anda memastikan maklumat anda peribadi. Pengecam ini berbeza untuk setiap pembangun app, bagi membantu mencegah pembangun berbeza daripada mengumpulkan dan berkongsi maklumat tentang anda merentas app. Pembangun juga boleh membenarkan anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple untuk akaun sedia ada pada app atau tapak web mereka. Jika pembangun memilih untuk mendayakan ini, anda boleh menyimpan akaun yang anda miliki tetapi daftar masuk ke dalamnya menggunakan Daftar masuk dengan Apple.

Disebabkan app tertentu mungkin mempunyai sebab untuk mengumpul maklumat lanjut tentang anda — sebagai contoh, untuk merujuk kepada akaun anda mengikut nama atau menghubungi anda melalui e-mel — sesetengah pembangun mungkin meminta nama atau alamat e-mel anda apabila anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple. Nama anda akan menjadi lalai kepada nama berkaitan dengan Akaun Apple anda, yang anda boleh edit sebelum berkongsi dengan pembangun. Jika pembangun meminta alamat e‑mel, anda boleh memilih untuk menyediakan mana-mana alamat e‑mel yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda kepada pembangun, atau untuk menyembunyikan alamat e‑mel anda. Jika anda memilih untuk menyembunyikan alamat e-mel anda daripada pembangun, Apple akan menjana dan menyediakan pembangun dengan alamat e-mel unik untuk mereka gunakan bagi berkomunikasi dengan anda. Apple akan memajukan e‑mel yang diterima di alamat itu kepada alamat e‑mel yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda; Apple memadamkan mesej selepas penghantaran atau selepas seketika jika tidak dapat dihantar. Pada peranti iOS, iPadOS atau visionOS, anda boleh menukar alamat e‑mel yang mel dimajukan, atau menyahdayakan pemajuan e‑mel dengan pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Mail iCloud > Pemajuan Mel. Pada Mac anda, pergi ke Seting Sistem > [nama anda] > Maklumat Peribadi. Semasa anda menyahaktifkan dan memadamkan alamat e‑mel yang digunakan dengan Sembunyikan E‑mel Saya, ia dikekalkan secara berkaitan dengan Akaun Apple anda selama 30 hari untuk tujuan menghalang penyalahgunaan. Alamat yang dikeluarkan kemudian dipadamkan secara kekal daripada Akaun Apple anda dan dikekalkan hanya untuk tujuan keselamatan seperti untuk menghalang alamat daripada digunakan semula.

Jika anda memilih untuk mendayakan Daftar masuk dengan Apple bagi app, pilihan tersebut dikaitkan dengan Akaun Apple yang anda gunakan untuk iCloud, supaya anda boleh menggunakan Daftar masuk dengan Apple dengan mudah untuk app tersebut pada semua peranti Apple anda.

Untuk sebab pencegahan penipuan dan keselamatan, pertama kali anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple pada app baharu, Apple akan berkongsi skor perduaan ringkas dengan pembangun untuk memberikan keyakinan kepada mereka bahawa anda orang yang benar. Skor ini diperoleh daripada aktiviti akaun Apple terbaharu anda bersama dengan maklumat abstrak tentang peranti dan corak penggunaan peranti anda. Apple dan pembangun tidak menerima sebarang maklumat khusus tentang cara anda menggunakan peranti anda.

Menggunakan Daftar masuk dengan Apple

Apple mengetahui apabila anda mendayakan Daftar masuk dengan Apple untuk app atau tapak web supaya kami boleh membantu menyediakan daftar masuk. Apabila anda kemudiannya menggunakan Daftar masuk dengan Apple dengan app pada iPhone anda, Apple tidak melihat atau menyimpan sejarah app yang anda daftar masuk atau masa anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple — maklumat tersebut kekal pada peranti anda. Apabila anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple pada Safari, Apple melihat apabila anda mendaftar masuk ke tapak web supaya Apple boleh mengesahkan daftar masuk anda, tetapi Apple tidak menyimpan sejarah tapak web yang anda daftar masuk atau masa anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple.

Walaupun anda menggunakan Daftar masuk dengan Apple untuk mendaftar masuk ke app atau tapak web, pembangun boleh meminta maklumat peribadi tambahan daripada anda selepas daftar masuk. Sebarang maklumat peribadi yang anda pilih untuk sediakan kepada pembangun tertakluk pada dasar privasi mereka.

Mengurus Daftar masuk dengan Apple

Untuk mengurus Daftar masuk dengan Apple, pergi ke Seting > [nama anda] > Daftar Masuk & Keselamatan > App yang Menggunakan Akaun Apple Anda pada iOS, pergi ke Seting Sistem > [nama anda] > Daftar Masuk & Keselamatan pada Mac atau lawati account.apple.com dan pergi ke bahagian Daftar Masuk dan Keselamatan, kemudian pergi ke Daftar masuk dengan Apple. Di situ, anda boleh menemui senarai app yang menggunakan Daftar masuk dengan Apple, menyemak dasar privasi dan menyahdayakan Daftar masuk dengan Apple. Jika anda memilih untuk menyahdayakan Daftar masuk dengan Apple untuk app, maklumat yang telah dikongsi dengan pembangun untuk menyediakan Daftar masuk dengan Apple untuk app tersebut dan sebarang maklumat yang pembangun kaitkan dengan akaun Daftar masuk dengan Apple anda akan terus dikendalikan menurut dasar privasi pembangun.

Maklumat Lanjut

Apple berusaha untuk melindungi Daftar masuk dengan Apple dengan pengesahan yang kukuh — dikuasakan oleh Touch ID, Face ID dan pilihan kod laluan yang kukuh.

Apple mungkin menerima maklumat tanpa nama dan beragregat tentang Daftar masuk dengan Apple, termasuk maklumat tentang penggunaan Daftar masuk dengan Apple. Maklumat yang dikumpulkan tidak mengenal pasti anda secara peribadi. Apple mungkin menggunakan maklumat yang tidak mengenal pasti anda untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan Apple, untuk pemasaran dan untuk pencegahan penipuan serta tujuan keselamatan. Apple tidak akan cuba mengenal pasti semula sebarang data Daftar masuk dengan Apple tanpa nama atau beragregat yang kami terima.

Apple akan menggunakan maklumat anda seperti yang diperlukan oleh undang-undang dan untuk pencegahan penipuan. Dengan menggunakan Daftar masuk dengan Apple, anda bersetuju dan mengizinkan penghantaran, pengumpulan, penyenggaraan, pemprosesan dan penggunaan maklumat anda oleh Apple dan subsidiari serta ejennya seperti yang diterangkan di atas.

Apple mengekalkan maklumat peribadi hanya setakat yang perlu untuk memenuhi tujuan yang data tersebut dikumpulkan, termasuk seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi Apple atau dalam notis privasi khusus perkhidmatan kami, atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang. Apabila menilai tempoh pengekalan, kami mengkaji dengan teliti terlebih dahulu sama ada perlu mengekalkan maklumat peribadi yang dikumpulkan, jika pengekalan diperlukan, berusaha untuk mengekalkan maklumat peribadi bagi tempoh paling singkat yang mungkin, yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Pada setiap masa, maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan berpandukan Dasar Privasi Apple, yang boleh didapati di www.apple.com/my/privacy

Tarikh Terbitan: 20 September 2024