-
Schoolwork & Privasi
-
Schoolwork direka bentuk dengan mengutamakan privasi pelajar.
-
Apple mengumpulkan data tentang penggunaan Schoolwork anda untuk menyediakan dan meningkatkan app.
Data Pelajar
Apabila anda melancarkan Schoolwork sebagai pelajar semasa didaftar masuk ke Akaun Apple Terurus anda, Apple, bagi pihak Sekolah atau Institusi (“Institusi”) anda, mengumpulkan data tentang aktiviti yang guru anda tugaskan pada anda melalui Schoolwork, seperti semasa anda menandakan aktiviti sebagai selesai dan maklum balas anda tentang aktiviti dan app ditugaskan. Jika Institusi anda mendayakan ciri Kemajuan Pelajar dalam Apple School Manager, Apple akan menerima data tentang kemajuan anda pada aktiviti ditugaskan daripada app pelaporan kemajuan (“data kemajuan”). Apple menggunakan data ini untuk menyediakan Schoolwork, termasuk ciri yang membenarkan guru anda memahami kemajuan pembelajaran anda dan rakan sekelas anda dengan lebih baik. Institusi anda bertanggungjawab terhadap penyertaan anda dalam ciri Kemajuan Pelajar di bawah Perjanjian Apple School Manager dan mempunyai keupayaan untuk menarik diri pelajar daripada ciri ini bergantung pada permintaan mereka. Jika anda mahu menarik diri daripada ciri Kemajuan Pelajar atau untuk memadamkan data kemajuan anda, hubungi Institusi anda.
Apple turut mengumpulkan data penggunaan yang tidak mengenal pasti secara peribadi terhadap pengecam kumpulan yang tidak dikaitkan dengan Akaun Apple Terurus anda, untuk menyediakan dan meningkatkan Schoolwork. Contohnya, Apple mungkin mengumpulkan data penggunaan yang dikaitkan dengan pengecam kumpulan apabila anda melihat penilaian, tugasan dan halaman tertentu dalam app, atau memulakan atau meneruskan aktiviti penilaian atau tugasan, untuk memahami cara Schoolwork digunakan dengan lebih baik. Apabila anda melancarkan Schoolwork, kami mungkin turut mengumpulkan data penggunaan yang tidak mengenal pasti secara peribadi tentang interaksi anda dengan app dan pemasangan app.
Data Guru
Apabila anda melancarkan Schoolwork sebagai guru semasa didaftar masuk ke Akaun Apple Terurus anda, Apple, bagi pihak Institusi anda, mengumpulkan data tentang tugasan anda, seperti butiran tentang aktiviti dan app ditugaskan, kelas yang anda ajar dan nama pelajar. Apple menggunakan data ini untuk menyediakan Schoolwork, termasuk ciri seperti cerapan dan exit ticket. Apple turut mengumpulkan data penggunaan yang tidak mengenal pasti secara peribadi terhadap pengecam kumpulan yang tidak dikaitkan dengan Akaun Apple Terurus anda, untuk menyediakan dan meningkatkan app. Contohnya, kami mungkin mengumpulkan data penggunaan tentang masa anda melihat penilaian atau tugasan dan halaman tertentu dalam app. Kami juga mungkin mengumpulkan data penggunaan tentang cara anda mencipta, mengedit, memadamkan dan juga mengurus pelajar, kelas, penilaian serta tugasan. Apabila anda melancarkan Schoolwork, kami turut mungkin mengumpulkan data yang tidak mengenal pasti secara peribadi tentang permintaan anda untuk Akaun Apple Terurus. Contohnya, jika anda melancarkan Schoolwork untuk meminta Akaun Apple Terurus daripada Institusi anda dan seterusnya melancarkan Schoolwork semasa didaftar masuk ke Akaun Apple Terurus anda, kami akan mengumpulkan data tentang pelengkapan proses persediaan anda.
Meningkatkan Schoolwork
Institusi anda mungkin membenarkan Apple memproses data penggunaan Schoolwork anda, termasuk data pelajar dan guru yang diterangkan di atas, menggunakan teknik seperti pembelajaran mesin, untuk tujuan meningkatkan Schoolwork. Sebelum data diproses, ia tertakluk kepada teknik pengekalan privasi seperti privasi kebezaan supaya data tidak boleh dikaitkan dengan anda. Contohnya, Apple mungkin memproses data Schoolwork anda yang dinyahkenal pasti atau teragregat untuk memahami aliran dalam penggunaan, menyesuaikan pengalaman pengguna dan membangunkan ciri pendidikan baharu bagi Schoolwork. Kali pertama anda mengakses Schoolwork semasa didaftar masuk ke Akaun Apple Terurus anda selepas Institusi anda mendayakan ciri ini, anda akan menerima pemberitahuan atas skrin. Institusi anda mempunyai keupayaan untuk menarik diri pelajar dan guru individu daripada ciri ini. Untuk menarik diri, hubungi Institusi anda.
Maklumat yang diproses oleh Apple bagi pihak Institusi anda berhubung dengan peruntukan perkhidmatannya yang memerlukan Akaun Apple Terurus di bawah Perjanjian Apple School Manager akan dikendalikan berpandukan Bahagian 3 dan Ekshibit A dalam Perjanjian Apple School Manager, yang boleh ditemui di school.apple.com.
Tarikh Terbitan: 12 Jun 2024