Apple Malaysia Sdn. Bhd.
Terma & Syarat Pembaikan

(Pembaikan Retail Malaysia)

Terma & Syarat ini mentadbir servis produk anda oleh Apple Malaysia Sdn. Bhd. (“Apple”). Sila minta salinan cetak jika anda mahu menyemak terma dalam bentuk cetakan.

1. Apple akan menservis produk anda seperti yang diperihalkan dan untuk caj yang ditunjukkan pada Kebenaran Kerja dan termasuk sebarang cukai yang berkenaan. Apple boleh mengehadkan penservisan di Apple Retail Store kepada satu (1) produk bagi setiap pelanggan dalam sehari. Apabila servis ini dilindungi oleh waranti Apple, kontrak servis lanjutan atau undang-undang waranti pengguna, terma atau undang-undang yang berkenaan tersebut akan digunakan. Jika anda tidak dapat menyediakan bukti pembelian yang sah, Apple boleh menolak untuk menservis produk anda.

Apple memahami bahawa data anda mungkin bernilai kepada anda. Kehilangan data semasa penservisan sentiasa boleh terjadi dan dalam sesetengah kes, data mungkin tidak dapat dipulihkan, dipadamkan atau diformatkan semula semasa penservisan. Atas sebab ini, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyandarkan semua data, perisian dan/atau program sedia ada daripada produk anda, dan untuk memutuskan sama ada untuk memadamkan sebarang data tersebut daripada produk anda sebelum menerima penservisan. Apple tidak bertanggungjawab atas kehilangan, pemulihan atau penjejasan data, perisian atau program, atau kehilangan penggunaan produk anda atau peralatan lain yang timbul daripada penservisan yang disediakan oleh Apple. Anda menyatakan bahawa produk anda tidak mengandungi sebarang fail atau data yang menyalahi undang-undang.

Anda mengakui bahawa peranti anda mungkin dihantar oleh penghantar lazim untuk diservis oleh pembekal servis luaran. Atas sebab ini, anda disyorkan untuk menyandarkan dan memadamkan data peranti anda sebelum menyerahkan peranti untuk diservis.

2. Jika servis diperlukan kerana kegagalan bahagian yang bukan asal bagi produk atau disebabkan kerosakan kerana penyalahgunaan atau sebarang faktor luaran, Apple berhak untuk mengembalikan produk kepada anda tanpa penservisan, dan boleh mempertanggungjawabkan anda terhadap sebarang bayaran diagnostik yang dinyatakan. Apple tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan terhadap produk yang berlaku semasa proses pembaikan yang disebabkan oleh mana-mana pengubahsuaian atau pembaikan tanpa kebenaran atau penggantian yang tidak dilakukan oleh Apple atau Pembekal Servis Sah Apple (Apple Authorised Service Provider, AASP). Jika terdapat kerosakan disebabkan perkara di atas, Apple akan mendapatkan kebenaran anda untuk sebarang kos tambahan bagi melengkapkan penservisan walaupun jika produk tersebut dilindungi dibawah waranti atau pelan servis AppleCare. Jika anda enggan memberikan kebenaran, Apple boleh mengembalikan produk anda yang tidak dibaiki dalam keadaan yang rosak tanpa sebarang tanggungjawab.

3. Sebagai sebahagian penservisan, Apple boleh memasang kemaskinian perisian sistem yang akan menghalang produk Apple anda dikembalikan kepada versi perisian sistem yang terdahulu. Aplikasi pihak ketiga yang dipasang pada produk Apple anda mungkin tidak serasi atau berfungsi dengan produk Apple anda disebabkan oleh kemaskinian perisian sistem.

4. Jika servis memerlukan tenaga kerja dan/atau bahagian yang tidak dinyatakan pada Kebenaran Kerja, Apple boleh mendapatkan kelulusan anda bagi anggaran yang telah disemak semula. Jika anda tidak bersetuju bahawa Apple boleh menyemak semula caj, Apple boleh mengembalikan produk anda dan mempertanggungjawabkan anda terhadap sebarang bayaran diagnostik yang dinyatakan.

5. Apple boleh menggunakan bahagian atau produk yang baharu atau bahagian asal Apple yang digunakan sebelum ini yang telah diuji dan lulus keperluan fungsi Apple. Apple akan mengekalkan bahagian yang digantikan atau produk yang ditukar sebagai hak miliknya, dan bahagian penggantian akan menjadi hak milik anda. Bahagian yang digantikan biasanya dapat dibaiki dan ditukar atau dibaiki oleh Apple untuk mendapatkan nilai. Apple boleh menggunakan Produk Apple atau alat ganti bagi penservisan yang disumberkan daripada negara yang berbeza daripada negara tempat Produk Apple atau bahagian asal diperoleh. Jika undang-undang yang berkenaan memerlukan Apple untuk mengembalikan bahagian yang telah digantikan kepada anda, anda bersetuju untuk membayar Apple kos tambahan bagi item penggantian.

6. Apple memberikan waranti (1) bahawa servis tersebut akan dilakukan dalam cara yang cekap dan profesional (2) dan semua bahagian yang digunakan untuk menservis produk anda bebas daripada kecacatan dari segi bahan dan mutu kerja bagi tempoh sembilan puluh (90) hari, melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Apple. Apple selanjutnya memberikan waranti bahawa setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, bateri yang dipasang sebagai sebahagian daripada servis penggantian bateri Apple bagi komputer Mac mudah alih Apple akan bebas daripada kecacatan dari segi bahan-bahan dan mutu kerja selama satu (1) tahun dari tarikh penservisan. Waranti yang sebelum ini ialah waranti terhad yang jelas dan sekiranya berlaku pelanggaran, Apple akan sama ada (i) melakukan semula servis, (ii) membaiki atau menggantikan bahagian itu atau (iii) membayar balik servis yang disediakan. Untuk membuat tuntunan di bawah waranti, anda mesti memulangkan produk anda ke kedai yang anda tinggalkan produk anda untuk diservis. WARANTI INI DAN REMEDI YANG BERKAITAN ADALAH EKSKLUSIF DAN TIDAK MERANGKUMI SEMUA WARANTI, REMEDI DAN SYARAT LAIN, SAMA ADA SECARA LISAN ATAU BERTULIS, TERSURAT ATAU TERSIRAT. APPLE SECARA KHUSUS MENAFIKAN SEBARANG DAN SEMUA WARANTI YANG TERSIRAT TERMASUK, TANPA PENGEHADAN, WARANTI KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU. JIKA APPLE TIDAK DAPAT MENAFIKAN WARANTI TERSIRAT DENGAN SAH, MAKA SEMUA WARANTI TERSEBUT ADALAH TERHAD DALAM TEMPOH WARANTI TERHAD YANG JELAS. BEBERAPA NEGERI (NEGARA DAN WILAYAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGEHADAN TEMPOH WARANTI (ATAU SYARAT) TERSIRAT, JADI PENGEHADAN YANG DIPERIHALKAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA.

7. SEHINGGA TAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, APPLE DAN SEKUTUNYA DALAM APA JUA KEADAAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA-APA KEROSAKAN KHAS, TIDAK LANGSUNG, TIDAK SENGAJA ATAU TURUTAN YANG TIMBUL DARIPADA PENSERIVSAN YANG DISEDIAKAN ATAU DI BAWAH MANA-MANA TEORI UNDANG-UNDANG LAIN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KEHILANGAN PENDAPATAN; KEHILANGAN KEUNTUNGAN SEBENAR ATAU DIJANGKA (TERMASUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN DALAM KONTRAK); KERUGIAN DARI SEGI WANG; KEHILANGAN PENJIMATAN YANG DIJANGKA; KEHILANGAN PERNIAGAAN; KEHILANGAN PELUANG; KEHILANGAN MUHIBAH; KEHILANGAN REPUTASI; KEHILANGAN, KEROSAKAN KEPADA, ATAU PENCEMARAN DATA; ATAU SEBARANG KOS UNTUK MENDAPATKAN SEMULA, MEMPROGRAMKAN ATAU MEMULIHKAN SEBARANG PROGRAM ATAU DATA YANG DISIMPAN ATAU DIGUNAKAN DENGAN PRODUK ANDA DAN SEBARANG KEGAGALAN UNTUK MENGEKALKAN KERAHSIAAN DATA YANG DISIMPAN PADA PRODUK ANDA. PENGEHADAN YANG DISEBUT DI ATAS TIDAK AKAN TERPAKAI KEPADA TUNTUTAN KEMATIAN ATAU KECEDERAAN DIRI. APPLE SECARA KHUSUS TIDAK MEMBERIKAN WARANTI BAHAWA APPLE AKAN DAPAT (i) MEMBAIKI ATAU MENGGANTIKAN PRODUK ANDA TANPA RISIKO ATAU KEHILANGAN PROGRAM ATAU DATA, DAN (ii) MENGEKALKAN KERAHSIAAN DATA. JIKA MANA-MANA PRODUK ROSAK ATAU HILANG SEMASA DALAM PENJAGAAN APPLE, LIABILITI APPLE AKAN DIHADKAN KEPADA KOS PEMBAIKAN ATAU PENGGANTIAN PRODUK YANG TERJEJAS. JIKA TIDAK, LIABILITI APPLE UNTUK MANA-MANA DAN SEMUA KEROSAKAN TIDAK AKAN MELEBIHI BAYARAN YANG DITERIMA OLEH APPLE UNTUK PENSERVISAN YANG DISEDIAKAN MENURUT TERMA INI DALAM APA-APA JUA KEADAAN. REMEDI YANG DINYATAKAN DI SINI AKAN MENJADI REMEDI MUTLAK DAN EKSKLUSIF ANDA UNTUK MANA-MANA PELANGGARAN OLEH APPLE DI BAWAH TERMA DAN SYARAT INI. BEBERAPA NEGERI (NEGARA DAN WILAYAH) TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU BATASAN KEROSAKAN SAMPINGAN ATAU TURUTAN, MAKA BATASAN DI ATAS ATAU PENGECUALIAN MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA.

8. Jika produk anda dikembalikan kepada Apple kerana penghantaran tidak dapat dilengkapkan pada alamat yang diberikan dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh penghantaran pertama yang dicuba, atau anda belum menuntut produk anda dan membayar semua caj yang perlu dibayar (termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran diagnostik, jika berkenaan) dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas dimaklumi Apple bahawa produk anda telah sedia untuk diambil, Apple akan menganggap produk anda telah diabaikan dan anda memberikan Apple hak untuk mengendalikan produk yang anda abaikan mengikut pertimbangan Apple selaras dengan undang-undang yang berkenaan. Apple mengekalkan lien berkanun dan sebarang tuntutan undang-undang lain untuk caj yang tidak berbayar.

9. Jika penservisan melibatkan pemindahan maklumat atau pemasangan perisian, anda menyatakan bahawa anda mempunyai hak undang-undang untuk menyalin maklumat dan bersetuju dengan terma lesen perisian, serta anda membenarkan Apple untuk memindahkan maklumat dan menerima terma tersebut bagi pihak anda dalam melakukan servis.

10. Terma dan Syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia (tanpa memberikan kesan kepada peruntukan undang-undang yang bercanggah).

11. Terma dan Syarat ini merupakan satu-satunya terma dan syarat yang mentadbir penservisan Apple bagi produk anda.

12. Anda bersetuju dan memahami bahawa Apple mungkin perlu mengumpulkan, memproses dan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menyediakan penservisan di bawah Terma dan Syarat ini. Sebarang maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami akan dikendalikan mengikut Dasar Privasi Apple yang tersedia di URL apple.com/my/legal/privacy.

13. Amaun Cukai Perkhidmatan (“SST”) yang ditunjukkan bukan muktamad dan mungkin tertakluk pada perubahan. Jumlah SST akhir akan dipaparkan dalam invois yang dikeluarkan oleh Apple.