Terma dan Syarat Servis Penggantian Ekspres

Terma dan syarat berikut akan terpakai kepada Servis Penggantian Ekspres (“ERS”) yang disediakan di bawah Waranti Terhad Apple. Servis ini ialah tambahan kepada opsyen servis yang tersedia secara percuma di bawah waranti Apple dan tidak menjejaskan hak berkanun anda.

i. Jika anda mahu meminimumkan jumlah masa tanpa produk Apple anda dan jika Apple menentukan bahawa produk anda layak untuk ERS, dan anda memilih untuk memesan ERS dengan memberikan maklumat kad kredit anda kepada Apple, Apple akan menghantar produk gantian ke lokasi yang anda tetapkan. Anda akan mengembalikan produk anda supaya Apple menerimanya dalam masa sepuluh (10) hari dari tarikh Apple menghantar produk gantian (“Tempoh Pengembalian”). Anda mesti mengembalikan produk asal dalam bungkusan yang mengandungi produk gantian mengikut arahan Apple. Apple akan mengambil produk asal dan anda akan mengambil produk gantian.

ii. Untuk ERS, Apple akan mengenakan Caj ERS kepada kad kredit anda, seperti yang diperihalkan di halaman web Soalan Lazim Servis Produk yang diperihalkan di bawah (“Soalan Lazim Servis”) pada masa produk gantian dihantar. Caj ERS akan diketepikan untuk pelanggan pelan servis Apple AppleCare, jika berkenaan. Selain itu, pada masa produk gantian dihantar, Apple akan mengenakan kebenaran yang sama dengan nilai gantian produk baharu (“Nilai Gantian”) pada kad kredit anda, yang diperihalkan di Soalan Lazim Servis. Kebenaran ini akan dikekalkan oleh Apple dan akan dikenakan terhadap sebarang kerosakan pada produk asal yang tidak diliputi oleh waranti Apple atau pelan servis AppleCare yang berkenaan, atau kehilangan produk asal atau pembayaran lain yang perlu dibayar kepada Apple. Pembaikan dianggap Luar Waranti apabila:

iii. Jika Apple menerima produk asal dalam Tempoh Pengembalian dalam keadaan berikut: (i) layak untuk servis waranti, kebenaran pada kad kredit anda akan tamat tempoh; (ii) tidak layak untuk servis waranti tetapi layak untuk Servis Luar Waranti, kad kredit anda akan dikenakan caj yuran Servis Luar Waranti seperti yang diperihalkan di Soalan Lazim Servis; (iii) tidak layak untuk servis waranti dan tidak layak bagi Servis Luar Waranti, kad kredit anda akan dicaj untuk Nilai Gantian. Produk asal yang tidak dapat dikendalikan kerana pengubahsuaian yang tidak dibenarkan atau telah gagal berfungsi kerana kerosakan besar, seperti peranti terpisah menjadi berbilang bahagian, ialah contoh produk yang tidak layak untuk Servis Luar Waranti.

iv. Jika produk asal dikembalikan kepada Apple dalam Tempoh Pengembalian, baki Nilai Gantian akan dikreditkan semula kepada kad kredit anda selepas pengesahan bahawa semua caj lain yang berkenaan telah dibayar. Jika Apple tidak menerima produk asal dalam Tempoh Pengembalian, kad kredit anda akan dicaj Nilai Gantian. .Semua yuran dan caj yang diperihalkan di sini tidak termasuk semua cukai yang terpakai.

Variasi negara

Variasi negara berikut akan digunakan jika terdapat ketidakkonsistenan dengan mana-mana peruntukan terma ini:

Australia: Hak kontraktual berkenaan pengembalian, bayaran balik dan waranti yang mungkin anda berhak terima di bawah terma ini ialah tambahan kepada hak berkanun yang anda mungkin layak terima di bawah Akta Persaingan dan Pengguna 2010 (Cth) dan undang-undang serta peraturan perlindungan pengguna Australia yang lain. Barangan kami disertai dengan jaminan yang tidak boleh dikecualikan di bawah Undang-undang Pengguna Australia. Anda berhak untuk mendapat pembaikan, gantian atau pembayaran balik akibat kegagalan besar dan untuk mendapat pampasan bagi sebarang kerugian atau kerosakan lain yang boleh diramal secara munasabah. Anda juga berhak meminta barangan anda dibaiki atau digantikan jika barangan tersebut tidak mencapai kualiti yang boleh diterima dan kegagalan tersebut tidak disifatkan sebagai kegagalan besar.

120121 ERS IW – Malay